Monday, February 7, 2011

Pelangi Rindu 1 (part 1)

BAB 1

          Keceriaan wajah ayah tiba-tiba berubah apabila aku mula menyatakan hasratku yang satu itu. Hasrat yang sudah lama aku ingin nyatakan. Cuma tak berani. Ibu pula sudah mengeleng-geleng melihat reaksi ayah. Mungkin ibu ingat aku bergurau. Dan ibu pula menganggap ayah begitu ambil pusing dengan gurauanku. Tapi, sungguh aku serius.

           Aku tertunduk. Tewas melihat renungan ayah. Aduh, macam mana ayah nak faham apa yang aku minta ni. Kemudian aku mendengus. Kembali memandang wajah ayah. Mempamirkan reaksi berharap. Tapi bolehkan ayah memahaminya.

           "Anis...Anis tahu kan. Ayah ada seorang saje anak perempuan. Anis tahukan siapa tu anak perempuan ayah..." Bicara ayah begitu lembut. Aku terkedu. Ayah masih dengan taktiknya. Seperti selalu ayah akan mengungkitkan hal ini sedemikian. Serupa sahaja ayat ayah. Ayat inilah yang selalu menewaskan apa-apa keinginanku yang pasti ayah takkan menyetujuinya. Tapi...

           "Memang Anis anak ayah. Tapi ayah tahukan siapa ayah Anis. Anis sayang ayah Anis." Aku mula untuk mengayat ayah pula. Semoga ayah tewas kali ini!

           "Apalah anak beranak ni. Dari tadi berbodek-bodek. Humm...sampai sekarang saya tak tengok lagi apa kesudahannya" Ibu tiba-tiba bersuara selepas menghidangkan minuman petang buat kami. Petang ini memang tenang. Tapi segalanya tidak tenang pada hatiku.

           "Anak awak la. Dari tadi merayu-rayu kat saya." Ayah ketawa memandangku. Tawa ayah tu membuatkan aku yakin yang ayah memang tak ambil pusing dengan apa yang aku katakan. Aku mendengus geram. Aku bangun dari kerusi dan berdiri menghadap kolam ikan kecil di penjuru taman. Kediaman Datuk Ismail memang mewah. Halaman rumah pula dihiasi dengan pokok-pokok rendang amat mendamaikan. Aku sendiri tak dapat menidakkan kehebatan kediaman keluargaku ini. Tapi aku mahu bebas daripada semua ini.

           "Eh, adik abang long ni kenapa monyok je?" Abang Long memaut manja bahuku. Entah dari mana dia muncul. Terdengar juga suara mereka yang ketawa halus. Mungkin mentertawakan aku dengan rajukku.

           "Abang..." Aku meleraikan pautannya. Rimas dengan tingkahnya. Rimas juga dengan semua keadaan yang sedang berlaku. Sering sangat aku dimanjakan semua orang. Dan aku akui aku sendiri sudah begitu manja. Sikap aku yang begitu manja itulah yang menyebabkan aku menyuarakan hasrat aku itu kepada ayah. Aku nekad ingin melakukan suatu anjakan paradigma!

           "Ayah! Anis tak kira. Anis nak juga duduk rumah sewa tu!" Aku cuba tegas. Sedikit memberontak untuk menyuarakan hasratku itu. Ayah hanya tersenyum melihat reaksiku itu. Begitu juga dengan ibu dan Abang Long. Semuanya begini. Memanjakan aku terlalu amat. Sampai bilakah aku harus bermanja begini. "Anis nak berdikari..."Nadaku kembali menurun.

           "Anis, siapa kata dekat rumah ni Anis tak boleh berdikari..."

           "Tapi, Anis manja sangat!" Aku tingkah memotong kata ibu. Aku tahu ibu tidak terasa. Semuanya kerana aku sering dimanjakan. "Anis tak tahanlah sampai kawan sekerja pun kata Anis ni manja. Dulu Anis bolehlah tahan kalau kawan satu kelas cakap macam tu. Anis juga buat pekak je bila kawan satu sekolah cakap macam tu. Anis pun memang tak kisah kalau time tadika pun macam tu..."Aku menahan kata. Sedangkan mereka sudah menahan tawa.

          "Adik abang long ni boleh tahan la lawaknya!" Dia menarik tanganku sejurus kami mendekati meja bulat kecil di taman. "Ayah, kita bagi peluanglah kat adik." Cadangan abang Long menceriakan wajahku. "Jangan risau, nanti seminggu lepas tu Anis akan balik punya!" Guraunya. Lelaki ini memang...

          "Ayah bukannya apa. Ayah berat hatilah nak biar Anis jauh daripada ayah dengan ibu." Aku terus memaut lengan ayah. Ayah semakin lembut. Aksi-aksi mengoda aku pamerkan segera. Pasti ayah cair!

          "Anis janji dengan ayah. Anis akan okay..kan ibu?" Aku memandang harap pada ibu yang sibuk mengunyah pisang goreng.

          "Abang bagilah Anis peluang. Lagipun sampai bila kita nak manjakan dia sangat. Dulu waktu sekolah pun saya ingat dia hari-hari nangis sebab diejek kawan sekolah. Naik runsing saya. Nasib baiklah anak abang ni keraskan hati dia." Aku tertawa mendengar sokongan ibu yang diakhiri dengan sedikit gurauan. Ya, memang aku selalu ditertawakan. Tapi, percayalah Anis yang dikatakan manja, keanak-anakan dan entah apa lagi pasti akan berubah. Pasti akan mengejutkan semua!

           "Okay, tapi Anis..."Kata-kata ayah hanya tinggal kekosongan apabila aku terus memeluk manja ayah dan menjerit keriangan. Abang Long pula hanya mencemik. Oh, cabar Anis ya? Aku ketawa sendiri membayangkan hidupku pada hari yang mendatang. Anis akan matang!

No comments:

Post a Comment