Monday, February 7, 2011

pelangi rindu Bab 1 (part3)

“ANIS!!, bangun subuh sayang.” Ibu mengerak-gerakkan tubuhku. Aku merengek manja. Memusingkan tubuh bertentangan dengan ibu. “Bangun sayang, dosa tau tinggal sembahyang.” Aku masih tidak mengendahkan kata-kata ibu. Tiba-tiba aku rasa sepi. Aku mencelikkan sebelah mata. Ibu sudah keluar.

              “Nanti Anis solatlah…” Aku berbicara sendiri. Namun aku terus terlena.

              “Anak ayah, bangunlah…” Lembut suara itu berbicara. Kembali mengejutku dari lena yang sebentar tadi. Aku tersenyum memandang ayah yang sudah lengkap berbaju kemeja. Sudah bersiap ke pejabatkah?

              “Pejabat!” Aku terjerit kecil. Ayah mengeleng-geleng. Gelisah dan bersabar dengan sikapku. Tapi, tetap menghadiahkan kucupan mesra di pipiku. Sayang waktu pagi! Aku tersengih sendiri.

              “Tahu pun pejabat. Ha, cepat siap. Sarapan dulu. Nanti suruh Pak Man hantar. Kereta Anis kat bengkel lagi.” Aku duduk berteleku di atas katil. Merungut tentang diri sendiri. Bilakah aku nak berubah. Bangun lambat. Subuh pun bye-bye saja.

KESIBUKAN di pejabat membatasi segala-galanya. Sehinggakan makan tengahari pun tidak sempat aku menikmatinya. Itupun nasib baiklah setiausahaku, Azyan meringankan punggung untuk pergi membeli nasi bungkus.

              “Kita kena siapkan tender hari ini juga” Aku mengeluh kecil. Azyan mengangkat bahu. Mudah memberikan jawapan no comment!

              “Terpaksalah cik Anis. Pihak JKR tiba-tiba ubah tarikh hantar tender. Terpaksalah kita buat macam ini. Struggle!!” Jeritan Azyan menarik perhatian beberapa staf yang lain. Kami hanya tersenyum.

              “Azyan, sorrylah saya tak tahu. Kalau tak, mesti saya datang awal!” Aku menyerengeh suka. “Lagipun terkejut juga saya sebab Angah saya tiba-tiba minta kita yang handle semua ini. Siaplah!!” Aku mengumam geram. Muhamad Akmal ini mesti diajar kerana membuli Nuranis. Aku berazam sendiri.

              “Kalau cik Anis nak buli balik Encik Akmal, ajak saya ya. Teringin juga nak buli si handsome!” Aku ketawa mendengar gurauan pembantuku itu.

              Aku menolak kalkulator ke tepi. Meletakkan pen. Akhirnya pengisian boring tender ini sudah lengkap. Keluhan lega aku sasarkan sedikit. Kerana aku perlu menghantar borang ini ke pejabat urusan sebelum jam 1 petang. Aku melirik ke pergelangan tanganku. Jam berjenama Alain Delon milikku sudah menunjukkan jam 2.30 petang.

              “Minta-mintalah Encik Aziz ada di pejabat. Mudah segala urusan. Yelah waktu tutup tender pun sudah tamat. Encik Aziz ajelah yang boleh tolong kita.” Segala pengharapan aku luahkan kepada Azyan.

              “Jom, kita siap-siap!” Azyan menarik tanganku untuk berdiri. Agar meneruskan kerja kami. Menghantar borang tender. Penatnya!

No comments:

Post a Comment