Monday, February 7, 2011

Pelangi Rindu Bab 1(part2)

DERINGAN telefon bimbitku memecah kesunyian. Jam sudah menunjukkan angka 1.25 pagi. Huh, siapa pula yang menelefon aku pagi-pagi buta ini? Terasa berat untuk aku bangkit ke meja solek bagi menerima panggilan itu. Deringan tiba-tiba mati. Aku kembali merebahkan badan.

           Telefon bimbitku kembali berdering. Aku mengetap bibir. Siapalah yang gila ini? Menelefon tak kena masa. Aku lantas bangkit menuju ke meja solek. Idris? Nama tersebut jelas kelihatan sebagai pemanggil pada lewat hari itu. Malas sahaja aku menerima panggilan tersebut.

           “Helo?” Suaraku sememangnya sudah serak-serak dan tidak jelas. Sekali lagi aku mengulangi perkataan tu. Akhirnya aku mendengarkan perkataan yang sama oleh si pemanggil.

            “Hai, sorry abang call Anis lewat-lewat macam ni.” Aku tersenyum sumbing sendiri. Tahu pun! Aku mendengus geram. “Anis marah ya?” Dia menyoal. Sepi. Sudah gaharu cendana pula. Dah tahu bertanya pula. Aku hanya menyepi. Kembali merebahkan diri di atas katil. Memejamkan mata. Sungguh aku masih mengantuk.

            Ada apa abang?” Malas-malas aku bertanya. Tapi untuk menjaga hatinya. Aku bersuara juga selepas keheningan terus menguasai.

            “Err…abang rindu kat Anis!” Sepi. Idris ketawa. Aku tersenyum kecil. “Anis, apa khabar? Layu je abang dengar suara Anis.”

             “Macam inilah. Biasa. Tembam sikit. Makin tinggi sikit.” Kami ketawa. Bagaimanalah aku boleh mengambarkan diriku. Sedangkan berjumpa pun kami tidak pernah. Walaupun usia perkenalan kami sudah mencecah lima tahun! Semuanya hanya setakat perbualan telefon dan kiriman pesanan ringkas. Cukuplah begitu! Aku masih tidak berminat untuk menjalinkan sebarang perhubungan.

              “Anis…emm Anis seksilah malam ini.” Aku terkedu. Benarkah?? “Suara Anis macam ni, abang suka!” Aku lantas membuntangkan mata. Terasa seram sejuk darah yang mengalir. Menggoda sangatkah suara aku waktu ini. Tapi memang benarlah, kata orang suara wanita malam hari ataupun ketika bangun tidur memang mengiurkan! Aku berdehem. Idris ketawa perlahan. Mungkin dapat meneka kegelisahanku kini.

              “Haha…abang ni merepek ajelah! Anis macam biasa ajelah.” Aku cuba memulihkan semangat yang seperti sudah terbang tadi. “Kalau setakat menggoda abang, bukan ke hari-hari Anis buat macam tu?” Aku menyoal nakal. Cuba bergurau.

              “Memang Anis buat abang tak boleh tidur. Emm, bila kita boleh jumpa?” Aku memaut bantal di sisiku. Memeluk erat. Lelaki ini selalu mengharapkan begitu. Maaf Idris, aku tak mengharapkan lebih.

              “Abang, Anis nak tidurlah. Ngantuk sangat. Lagipun Anis kerja esok.” Aku cuba mematikan perbualan. Aku kembali memejamkan mata.

               “Okay, selamat malam, Anis! Esok abang call ya.” Aku terus mematikan talian seusai mengucapkan salam. Lelaki ini penghiburku. Kematangan sikapnya dan usianya membuatkan aku selesa  dengannya. Pagi akan muncul. Aku memejamkan mata. Terus mengharapkan lena.

No comments:

Post a Comment